Isu Semasa

Forum: Ta’shil Syarie 1 : Adakah Halal Darah Penghina Rasulullah?

WhatsApp Image 2019-03-30 at 4.46.44 PM

Sebuah forum yang dianjurkan pada 30 Mac 2019 oleh Asatizah IKRAM Selangor dengan kerjasama Siasah Rahmah dan Pena Syariah telah menjemput dua panel iaitu Ustazah Maznah Daud, mantan pensyarah UiTM dan Dr Nik Rahim Nik Wajis, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM yang memiliki kepakaran masing-masing bagi menjawab polemik hangat berkaitan penghinaan terhadap junjungan baginda, Rasulullah S.A.W.

Moderator, ustaz Amirul Rashid mengajukan persoalan kepada Ustazah Maznah: Bagaimanakah reaksi Nabi SAW apabila dihina?

Penghinaan terhadap Rasulullah SAW bahkan kepada para rasul bukanlah satu fenomena baru bahkan ianya adalah satu sunnatullah dan celaan tersebut berlaku selepas kerasulan yang menunjukkan bahawa sebab utama penghinaan itu bukan pada kekurangan keperibadian Rasulullah, namun kerana baginda membawa risalah nubuwwah. Rasulullah SAW menghadapai tohmahan bukan sahaja daripada aspek mental seperti dituduh gila, penyihir, atau orang yang terkena sihir, malahan juga tohmahan melalui fizikal iaitu ketika baginda sedang melaksanakan solat di Baitul Haram kemudian dilemparkan dengan kotoran daripada najis haiwan, namun baginda mengambil pendekatan untuk bersabar bahkan memaafkan orang yang menghina baginda sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Allah kepada mereka. (Al-An’am: 34)

WhatsApp Image 2019-03-30 at 11.55.07 PM(1)

Kemudian moderator bertanya pada panel ke-2, Apakah cara untuk bertaamul dengan nas-nas yang sohih yang menyatakan bahawa penghina nabi halal darahnya, maka boleh dibunuh?

Menurut pendapat Dr.Nik Rahim, nabi mengambil pendekatan untuk bersabar dan memaafkan orang yang menghina baginda kerana tohmahan itu kebanyakkannya berlaku pada fatrah Makkiyah dimana pada waktu itu tiada negara Islam, tiada kekuatan ketenteraan dan bilangan umat Islam yang masih lagi kecil mungkin hikmah pendekatan Rasulullah ini adalah bagi mengelakkan serangan balas balik daripada orang yang memusuhi baginda dan orang-orang Islam.

Di dalam fiqh Jinayah, perbuatan sabbun nabi atau shatmun nabi (menghina atau mencela nabi) tidak dimasukkan di bawah murtad, jika dikira sebagai murtad maka pesalah akan diberikan peluang untuk Istitabah (memohon taubat) namun dalam kes ini pesalah tidak diberi peluang untuk bertaubat bahkan ada ulama’ yang berpendapat tidak perlu dibicarakan.

Dalam isu ini ulama’ tiada khilaf dalam menentukan hukum bagi penghina nabi tidak lain melainkan hukum bunuh. Sepertimana firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 65-66 yang bermaksud:

Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”

“Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman..”

Asbabun nuzul ayat ini yang diriwayatkan dalam sebuah hadis, mafhumnya bahawa golongan munafiqin semasa peperangan Tabuk seorang lelaki telah berkata “Tidaklah aku melihat mereka (Rasulullah dan para sahabat) kecuali orang-orang yang suka memenuhi perut mereka dan juga suka berdusta, serta pengecut dalam bertempur di medan peperangan maka Kaab bin Malik mengadukan perkara ini kepada nabi s.a.w, namun sebelum sampai berita ini kepada nabi, Allah telah memberi tahu kepada nabi melalui ayat ini.

Imam Al-Qurtubi menjelaskan bahawa seseorang itu menghina nabi kerana dua perkara, sama ada kerana bergurau ataupun tidak, namun jika dia bergurau sekalipun tetap jatuh hukum kafir dan murtad.

Dalam satu peristiwa Rasulullah SAW pernah mengarahkan para sahabat baginda untuk membunuh seorang Yahudi yang sentiasa menghina dan menyakiti nabi melalui syair-syairnya iaitu Kaab bin al-Asyraf. Melalui hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.anhu ini kita dapati ada kaedah yang berbeza daripada kedah asal jinayah. Asal jinayah, setiap orang yang melalukan perbuatan jenayah mestilah dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hak untuk membela diri, tetapi berlainan dalam situasi ini. Ulama’ berpendapat bahawa orang yang menghina nabi boleh terus dibunuh tanpa perlu dibicarakan kerana ingin memberikan kegerunan kepada golongan yang menghina nabi kerana pada waktu ini orang-orang yahudi sangat suka menghina nabi, jadi rentetan daripada peristiwa ini mereka jadi takut untuk berbuat sedemikian.

Dalam sebuah hadis yang lain diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib r.anhu bahawa seorang yahudi wanita yang mencela nabi kemudian seorang lelaki mendengar perkatannya dan kerana geram lelaki tersebut telah mencekik wanita yahudi tersebut sehingga mati dan kemudian nabi tidak menghukum lelaki tersebut.

Ibn Taimiyah juga menyebutkan bahawa ijma’ ummah bahawa orang yang mencela nabi dianggap kafir dan membunuhnya adalah wajib.

Imam Malik juga menyebutkan barangsiapa yang mencela atau mengaibkan nabi maka perlu dibunuh sama ada dia Muslim ataupun kafir. Dan dia tidak akan diberi peluang untuk bertaubat.

Maka apabila ada dalil yang qat’ie dan kemudian disokong dengan nas yang sohih maka tiada lagi ragu dan syak bahawa hukumnya adalah wajib dibunuh penghina nabi.

Hukumnya telah jelas sama sepertimana hukuman yang telah dijatuhkan kepada penzina yang telah berkahwin iaitu rejam sampai mati dan bagi pencuri pula hukumnya ialah potong tangan.

Namun jika kita kembali kepada realiti Malaysia pada harini ini yang mengamalkan konsep Demokrasi, kita tidak dapat menghukumkan seseorang kecuali dengan hukuman yang telah termaktub di dalam perlembagaan. Bahkan di mahkamah syariah sendiri tidak memperuntukkan bahawa menghina nabi sebagai satu jenayah hatta hukuman murtad juga tiada dikenakan apa-apa hukuman, bagaimana kita boleh laksanakan hukuman bunuh ke atas penghina nabi di negara ini.

Maka dapat disimpulkan bahawa pada masa ini tidak dapat dilaksanakan hukuman ini kerana halangan perundangan. Langkah yang dapat diambil adalah dengan melaporkan kepada pihak polis atau langkah-langkah lain yang masih dalam kerangka undang-undang.

Maka cara untuk kita bertaamul dengan hukuman ini ialah sama dengan cara kita bertaamul dengan hukum-hukum hudud yang kita yakini hukumannya namun pada masa ini tidak dapat dilaksanakan kerena perundangan yang sedia ada.

WhatsApp Image 2019-03-30 at 11.55.07 PM

Soalan kedua yang dilontarkan kepada ustazah Maznah: Jadi dengan kesedaran bahawa pada ketika ini dengan perundangan yang ada menghalang kita daripada melaksanakan hukuman yang sepatutnya, maka pendekatan terbaik adalah berdakwah, bagaimana cara yang terbaik untuk berdakwah kepada golongan yang menghina baginda s.a.w?

Kita perlukan dakwah yang jelas sehingga mad’u kita mampu untuk memahami seterusnya menerima ajakan kita sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud :

Katakanlah: “Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf :108)

Dan sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 265 yang bermaksud:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.”

Bahawa tiada paksaan ke atas sesiapa untuk menerima apa yang disampaikan yang ada hanyalah usaha sehabis mungkin untuk kita memberi penjelasan kepada golongan yang menghina nabi.

Kaedah dakwah yang terbaik pula ialah sepertimana yang dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam surah Nuh, diceritakan melalui ayat-ayatNya bahawa nabi Nuh tidak berhenti melakukan usaha dakwahnya malam dan siang. Maka seperti itu juga kita perlu berusaha dan tidak berputus asa. Setiap orang Islam juga perlu ada kesedaran berdakwah, kerana dakwah ini adalah sunnah yang sering kali dilupakan dan tanggungjawab ini juga bukan hanya ke atas ustaz atau ustazah bahkan ke atas setiap umat Islam.

WhatsApp Image 2019-03-30 at 11.55.08 PM

Kemudian moderator mengemukakan soalan ke-2 kepada Dr.Nik Rahim: Adakah melalui sudut undang-undang telah cukup untuk menghalang orang awam daripada menghina nabi?

Jika kita telusuri Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, tidak disebutkan secara jelas tentang hukuman menghina nabi dan peruntukan hukuman yang ada ialah denda tidak melebihi RM 3,000 dan penjara tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. Dikebanyakkan Mahkamah Syariah negeri juga tiada peruntukan khas hukuman bagi penghina nabi. Setakat ini, kebanyakkan kes menghina nabi dibicarakan di mahkamah sivil, jika kita menggunakan kuasa mahkamah syariah, maka tidak dapat banyak yang kita dapat lakukan kerana limitasi kuasa mahkamah syariah di negara kita.

Forum ini ditutup dengan kesimpulan yang sangat ringkas namun padat dengan mesej yang perlu dihayati, sebagai seorang Muslim menjadi tuntutan iman untuk mentaati Allah dan Rasul, maka jenayah menghina nabi tidak sepatutnya dilakukan kerana penghinaan terhadap nabi juga merupakan penghinaan kepada Allah s.w.t, maka selayaknya hukuman yang ditentukan ialah hukuman bunuh. Dan tanpa sedar perbuatan menyebarkan hadis palsu juga perlu dielakkan kerana ini juga merupakan satu bentuk penghinaan kepada nabi s.a.w.

Selain itu, isu penghinaan nabi ini perlu ditangani dengan sebaiknya, jangan menjadikan polemik ini sebagai pencetus kepada api permusuhan seterusnya menimbulkan ketegangan kaum, sebaliknya kita perlu mencerminkan akhlak dan peribadi Muslim yang sebenarnya.

Nurhanis Abdul Halim
Ahli Pena Syariah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s