Ramadhan

Rakyat Malaysia dan Sampah : Muhasabah Menjelang Ramadhan

chrome_anVadKNhHQ.png

Dalam perjalanan pulang dari Gombak malam semalam, saya sempat mendengar Forum Marhaban Ya Ramadhan di radio IKIM yang bertajuk “Ramadhan Tanpa Pembaziran”. Ya tajuknya mungkin kedengaran cliche, tetapi isinya bagi saya sangat menjentik jiwa dan sanubari.

Antara ahli panelnya adalah Dr. Mohd Pauze Bin Mohamad Taha. Beliau adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp. Tahu tak SWCorp tu apa?

swcorp1.png

SWCorp adalah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kiranya mereka inilah yang ditugaskan untuk menguruskan sampah-sampah yang kita hasilkan setiap hari. Mereka inilah yang menguruskan 53 buah bandar di seluruh Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bharu dan sebagainya.

Tahukah anda berapa tan sampah yang kita hasilkan setiap hari?
38,000 tan! Bahkan 44.5 peratus daripada jumlah itu adalah terdiri daripada sisa makanan. Ia menyamai 17,800 tan setiap hari!. Yang lebih mengejutkan, berdasarkan kajian SWCorp, kira-kira 20-25 peratus daripada sisa makanan tu adalah sebenarnya tak patut dibuang kerana sepatutnya masih boleh dimakan. Ia menyamai lebih kurang 3,000-3,200 tan setiap hari. Nak tahu berapa banyak 3,000 tan ini?

13417543_1061639670589073_5085752217287866142_n.jpg

Ia boleh diisi dalam 450 buah lori sampah. Makanan yang elok ini jika dikumpulkan, boleh dimakan oleh kira-kira 2.2 juta rakyat Malaysia. Bersamaan dengan separuh rakyat yang menetap di Kuala Lumpur!

13445718_1061639823922391_6724971218671031011_n.jpg

Statistik pembaziran pada bulan Ramadhan setiap tahun amat menyedihkan. Kajian SWCorp mendapati sepanjang tempoh sebulan Ramadan setiap tahun, sebanyak 270,000 tan makanan yang masih elok dan tidak diusik dibuang!

Marilah kita menginsafi diri dan sama-sama berazam untuk tidak membazir lagi tahun ini.

Elakkan ke Bazar Ramadhan jika tahu tidak mampu mengawal nafsu. Begitu juga pakej-pakej Buffet di hotel-hotel. Lebih baik memasak sendiri di rumah atau berbuka di masjid sahaja. Pahala pergi awal ke masjid pun dapat. Boleh iktikaf dan baca Quran.

Pembaziran satu dosa dan kemungkaran!

Usaid Subki,

Pengerusi Pena Syariah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s