Isu Semasa

Renungan : Asyuraa’ & Yahudi

فضل-صيام-يوم-عاشوراء1

Daripada Abdullah bin Abbas r.a. dia berkata: “Rasulullah s.a.w. telah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyuraa’ (hari ke 10 bulan Muharram).
Baginda bertanya: “Hari apakah kamu berpuasa ini?”
Mereka menjawab: “Ini merupakan hari yang sangat agung. Pada hari ini Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan Allah tenggelamkan Firaun serta kaumnya. Maka Musa telah berpuasa sebagai tanda syukur. Lalu kamipun ikut berpuasa.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau begitu, kami lebih berhak dan lebih utama mengikuti Musa daripada kamu.
“Maka Rasulullah s.a.w. berpuasa dan menyuruh umatnya agar berpuasa.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibn Abbas r.a. dia berkata:
“Ketika Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyuraa’ dan baginda menyuruh umatnya berpuasa, baginda diberitahu, “Ya Rasulullah, hari ini merupakan hari kebesaran Yahudi dan Nasrani!”
Maka baginda bersabda: “Pada tahun akan datang in syaa Allah kita berpuasa hari ke 9 (di samping hari ke 10). Dan sebelum tiba hari Asyuraa’ tahun berikutnya, baginda telah dijemput kembali ke pangkuan Tuhannya.”
Di dalam riwayat lain, baginda bersabda maksudnya: “Hendaklah kalian berbeza daripada Yahudi. Berpuasalah juga satu hari sebelumnya (10 Muharram) atau satu hari selepasnya.” Riwayat Muslim

Kisah di atas mengandungi banyak pengajaran yang boleh diambil.

1. Rasulullah s.a.w. tidak menolak terus kebaikan yang diamalkan oleh penganut agama sebelumnya. Sebaliknya baginda bertanya tentang sebab serta alasan kenapa mereka mengamalkannya. Dan setelah diberitahu sebabnya, dan baginda tidak mendapati sesuatu yang bercanggah dengan Syariatnya, bagindapun turut mengamalkannya.

2. Ia menggambarkan sikap keterbukaan Nabi s.a.w. Sikap keterbukaan seperti itu pastinya bertitik tolak dari ajaran Islam yang diwahyukan kepada baginda.

3. Sungguhpun begitu, baginda tidak menceduk apa yang dilakukan oleh orang lain 100%. Bina identity kita yang tersendiri supaya kita tidak di”label” sebagai umat yang hanya tahu meniru. Walaupun kebaikan itu boleh diceduk dari sumber lain, ia seharusnya dicorakkan dengan warna yang selari dengan pilihan kita sendiri.

4. Menunjukkan kesatuan agama samawi (agama yang bersumberkan wahyu). Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam semuanya berasal dari sumber yang satu: Allah SWT Penguasa sekelian alam. Justeru, kenapa kita harus berpecah dan bertelagah?

Penulis : Ustazah Maznah Daud

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s