Puisi

Merdekalah Duhai Hawa

Duhai Hawa,

Percayalah bila ada yang berkata,

Kau dicipta Allah sangat mulia,

Kau mahkluk merdeka,

Kau begitu istimewa!

Duhai Hawa,

Yakinlah bahawa tatkala Adam dicipta,

Dengan sifat ingin berkuasa,

Kaulah yang mengimbangi dunia,

Dari kuasa durjana,

Persis Asiah memelihara Musa,

Tatkala Firaun menzalim menggila.

Duhai Hawa,

Bangkitlah walau sendiri,

Usah layu dipuji atau lemah dimaki,

Bak Maryam yang tabah berdiri,

Menahan peritnya sekeliling mencaci,

Padahal tangan mengendong anak pembawa risalah nabi.

Duhai Hawa,

Cubalah mengerti,

Ketika tuhan menciptamu,

Tiadalah hasratNya untuk kau hidup menjadi perhatian lelaki,

Apatah lagi mencabar menyaingi sang lelaki,

Bahkan kau punya misi,

Sama besar seperti lelaki,

Yang kau sama-sama janji pada ilahi.

Duhai Hawa,

Oleh itu, dengar sini,

Merdekakan dirimu dari definisi-definisi fantasi,

Yang kau kira perlu kau penuhi,

Merdekakan akalmu dari tradisi,

"Perempuan hanya penanak nasi",

Merdekakan jiwamu dari sesembahan duniawi,

Kerana jiwamu mulia disisi rabbul ‘izzati.

Silmi | Ogos 2017

#Merdeka

Terjemahan

Al-Qurrohdaghi: Integrasi ekonomi sebagai jalan perpaduan politik dan sosial

القره داغي لـ "لوسيل": الوحدة الاقتصادية طريق لوحدة سياسية واجتماعية

Al-Qurrohdaghi: Integrasi ekonomi sebagai jalan perpaduan politik dan sosial

التاريخ: 13 مارس، 2017 ‎الكاتب: ‎دعا الأمين العام للاتحاد العالمي لعلماء المسلمين فضيلة الشيخ الدكتور علي قره داغي إلى اتخاذ الوحدة الاقتصادية طريقاً للوحدة بين الأمة الإسلامية والعربية بعد التفرق والتمزق الذي حدث في القرن العشرين، مضيفاً: الاقتصاد سبيل للوحدة، فالسوق الأوربية كانت نواة الاتحاد الأوربي، فبعد تكوين السوق المشتركة سنة 1965م تشكل الاتحاد الأوربي بعدها بعشرين عاماً، أما الجامعة العربية التي تشكلت قبل السوق الأوربي بكثير لكنها لم تكن طريق للوحدة ولم تحقق أي تقدم لوحدة الأمة بل زادت الأمة العربية تمزقاً بعد أقل من عشرين عاماً من إنشائها، لذلك أعتقد أن طريق الوحدة الاقتصادية هي أقصر الطرق لتوحد العرب والمسلمين.

Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia al-Fadhil Dr Ali Quradaghi menyeru untuk menjadikan integrasi ekonomi sebagai satu langkah untuk menyatukan Umat Islam dan Arab selepas perpecahan yang telah berlaku pada kurun ke-20 ini. Tambah beliau, ekonomi ialah jalan perpaduan. Pasaran Eropah telah berjaya menjadi nukleus kepada Kesatuan Eropah, dan selepas pembentukan pasaran bebas (common market) pada tahun 1965, maka terbentuklah Kesatuan Eropah setelah berlalunya 20 tahun. Manakala Liga Arab pula telah terbentuk sebelum Pasaran Eropah lagi tetapi ia tidak mampu menjadi jalan perpaduan. Liga Arab juga tidak mencapai apa-apa kemajuan dalam menyatukan ummah, bahkan menambahkan lagi kekeruhan dalam kalangan umat Arab dalam tempoh kurang daripada 20 tahun selepas penubuhannya. Oleh itu, beliau meyakini bahawa jalan integrasi ekonomi ini ialah jalan pintas untuk menyatukan orang Arab dan Muslimin. ‎

وأضاف لـ "لوسيل" السوق

الأوروبي بدأ كقاسم اقتصادي مشترك وأفرز مجموعة كبيرة من الكيانات التي شكلت وحدة الأمة الأوربية كالبرلمان الأوربي الذي عقبه قوانين مشتركة، وأفرز القوة الموحد من خلال حلف الناتو.

Dan tambahnya lagi, pasaran Eropah bermula sebagai denominator kepada ekonomi bebas dan telah menghasilkan banyak entiti yang telah membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Eropah seperti parlimen Eropah yang menghasilkan undang-undang bersama, selain menghasilkan kekuatan yang bersepadu antara negara melalui kewujudan NATO. ‎

وأوضح أن ذلك يحتاج إلى وضع استراتيجية عربية إسلامية لجعل القضايا الاقتصادية ومنها السوق المشتركة والتبادل بين الدول الأعضاء وسيلة للتجميع والتوحيد، مشيرا إلى أن هذه الرؤية يجب أن تكون واضحة وتتضمن أن تعم الاستفادة جميع الدول، مع برامج ومشروعات عملية اقتصادية جامعة، بالإضافة إلى تطوير التجارة البينية بين الدول وصياغة إطار قانوني يحمي حقوق الأطراف بالإضافة إلى أن إنشاء محكمة عربية أو إسلامية للفصل في أي نزاع يمكن أن يحدث، مؤكداً أن هذه الاستراتيجية ستؤدي إلى وحدة شاملة خلال 10 إلى 20 سنة، وستكون طريق جيدة للوحدة السياسية الاجتماعية.

Beliau turut menerangkan, hal ini memerlukan pelaksanaan strategi oleh Negara Arab dan Islam untuk menjadikan isu-isu ekonomi seperti pasaran bebas (common market) dan pertukaran antara negara-negara anggota sebagai langkah untuk mengumpulkan dan menyatukan negara-negara. Gambaran ini perlu jelas dan mengandungi manfaat yang meliputi semua negara, dengan program-program dan projek-projek ekonomi yang kolektif, ditambah lagi dengan pembangunan perdagangan dua hala antara negara dan penggubalan rangka kerja undang-undang yang melindungi hak-hak pelbagai pihak di samping penubuhan mahkamah Arab dan Islami untuk menyelesaikan pertikaian yang mungkin berlaku. Strategi ini diyakini akan membawa kepada integrasi yang menyeluruh dalam tempoh 10 hingga 20 tahun, dan akan menjadi satu langkah yang baik dalam perpaduan sosiopolitik. ‎

وأكد أن الموارد التي تمتلكها الدول العربية والإسلامية تفرض حدوث تكامل بينها، خاصة أن هناك دولا لديها موارد البشرية وأخرى لديها موارد مالية، وهناك تجارة بينية في معظم السلع من الرداء والطعام والبترول وغيرها.

Beliau turut menegaskan bahawa sumber-sumber yang dimiliki oleh negara-negara Arab dan negara-negara Islam perlu menjadi pelengkap sesama mereka, terutamanya negara yang memiliki sumber manusia dan sumber kewangan yang kukuh, selain perlu mengadakan hubungan perdagangan dalam kebanyakan barang seperti pakaian, makanan, petrol dan sebagainya. ‎

وأوضح د. القره داغي أن استراتيجية الوحدة الاقتصادية ليست دعوة للانغلاق، تستمر العلاقة مع دول أوربية وأمريكة وروسيا والدول العظمي، لكن مع توحدنا اقتصادياً.

Dr Al Quradaghi menerangkan bahawa strategi integrasi ekonomi ini bukanlah satu seruan untuk menutup hubungan antara Negara Islam dan bukan Islam, bahkan hubungan antara negara Islam dan Arab dengan negara-negara Eropah, Amerika, Rusia dan kuasa besar yang lain berjalan seperti biasa tetapi bersama wujudnya integrasi ekonomi dalam kalangan kita. ‎

وأشار إلى أن الوحدة الاقتصادية تتطلب حماية اقتصادنا، وبالتالي تتطلب وجود قوة مشتركة بين الدول الأعضاء كجيش مشترك كما الدرع الخليجي لحماية أي خطر يمكن أن تتعرض اقتصاديات الدول للخطر

Beliau juga menyatakan bahawa integrasi ekonomi menuntut pemeliharaan ekonomi yang rapi, oleh itu perlu wujudnya kekuatan bersama antara negara-negara anggota seperti kekuatan ketenteraan yang dikongsi bersama seperti pertahanan Negara Teluk untuk memelihara negara dari apa-apa bentuk ancaman yang membawa kepada risiko ekonomi.

Asma’ Tajul Arifin,

Tim Terjemahan Pena Syariah

Isu Semasa

Ulang Tahun Rahmatan Lil Alamin

Setiap kali tarikh ini menjelang tiba, pelbagai jenis artikel tersebar di laman media sosial berkenaan hukum menyambut maulid Nabi, manakala di alam realiti pula,  pelbagai agenda program disusun oleh pelbagai organisasi, baik di tadika mahupun di jabatan kerajaan untuk meraikannya. Itulah politik biasa orang ramai apabila tarikh ini menjelang tiba, hingga menenggelamkan nilai keemasan yang sepatutnya diambil iktibar oleh kita semua.

12 Rabiul Awal; apa nilai keemasan di sebalik tarikh ini? Ini dua nilai utama untuk kita renungi bersama.

Hai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu untuk jadi saksi, dan pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk jadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi. (Q.S. Al Ahzab [33]: 45-46)

Setelah beberapa tempoh waktu manusia di bumi ditinggalkan tanpa Utusan dari Allah, mereka kian terpesong dari ajaran asal agama Samawi. Patung berhala disembah sebagai ganti Tuhan. Kemudian, Allah mengutuskan utusanNya untuk menjadi cahaya kepada segala bentuk kegelapan di zaman Jahiliyah itu. Lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdullah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah ini diakui oleh sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan, malah disenaraikan sebagai sebagai manusia nombor satu yang paling berpengaruh dalam sejarah oleh Michael H. Hart (1978).

Lahirnya Nabi s.a.w memberi impak dalam segenap hal. Jika di permulaan kelahirannya di dunia, Nabi s.a.w. membawa rahmat kepada kehidupan ibu susannya, begitu juga dalam fasa kehidupannya yang seterusnya hingga ke penghujungnya. Segala bentuk pemesongan aqidah diluruskan kembali, dari mempertuhankan manusia dan berhala kepada Ubudiyah kepada Allah yang Satu, penindasan golongan lemah kepada kesamarataan sesama manusia dan banyak lagi. Nabi yang Ummiy (tidak pandai membaca dan menulis), namun mampu mengubah dunia hasil kebenaran dan kesucian risalah yang diamanahkan Allah kepadanya!

Akhlak dalam bahasa mudahnya ialah perilaku spontan yang terhasil tanpa memerlukan kita berfikir sebelum bertindak apabila menghadapi sesuatu, telah terpahat kukuh di dalam jiwa. Aisyah r.a, apabila ditanya tentang akhlak Nabi s.a.w, dijawabnya: Akhlaknya ialah al-Quran. Akhlak Baginda bukanlah akhlak yang biasa-biasa, baiknya Baginda bukanlah baik yang biasa-biasa. Setiap anjuran kebaikan yang tercatat di dalam al-Quran, semuanya ialah akhlak Baginda. Sabar, berbuat amal soleh, berbaik dengan orang tua dan manusia selainnya, Qowiy, Amin, semua ajaran al-Quran membumi di dalam diri Baginda s.a.w. Keagungan akhlak Baginda tidak dapat disangkal oleh siapa pun. Hal ini terbukti apabila masyarakat Arab masih mengamanahkan Nabi s.a.w untuk menjaga barangan mereka walaupun setelah pengisytiharan kenabian. Ironi; mereka mencaci Nabi s.a.w, dalam masa yang sama mereka meminta pertolongan Nabi s.a.w ; dan baginda sudi membantu mereka!

Bukti keagungan akhlak Baginda jelas terpancar dalam ayat: “Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang tinggi (mulia).” (Surah Al-Qalam : 4). Baginda s.a.w. dipuji oleh Tuhan semesta alam, Allah yang Maha Esa, namun baginda s.a.w tidak terkesan walau sedikit pun dengan pujian itu. Jika manusia biasa, apabila dipuji oleh Perdana Menteri misalnya, pasti senyum tidak keruan seharian! Namun, Nabi s.a.w. langsung tidak terkesan dengan pujian dari Allah; menggambarkan keagungan akhlak Baginda yang melayakkannya dipuji oleh Allah! Hatinya terus tawadhu’, peribadinya masih sama, semangat juangnya tiada beza, keluhuran niat dalam hatinya masih tetap suci; tiada beza.

12 Rabiul Awal tahun Gajah,  Allah mentakdirkan kelahiran seorang bayi dinamakan Muhammad. Kelahiran yang dinantikan oleh semua, banyak tanda-tanda terzahir sebelum kelahirannya. Kelahiran Baginda menandakan rahmat buat sekalian alam telah mula tersemai ke bumi dan kesannya tinggal sedari hari ini.

Ayuh, pada 12 Rabiul Awal kali ini, kita menyambutnya dengan melihat dari sudut pandang yang baru. 

Ayuh, kita menifestasikan kesyukuran kita dilahirkan sebagai umat Muhammad yang merasai kesan terutusnya Baginda ke dunia meskipun hanya dalam tempoh 63 tahun dengan memperbanyak selawat ke atas Baginda.

Ayuh, kita menjadikan amalan meneladani akhlak Baginda s.a.w sebagai cara hidup utama untuk mencapai redha-Nya.

Syukurilah, kita dianugerahkan Allah seorang Nabi yang merelakan dirinya disakiti dengan mehnah yang berpanjangan dalam hidupnya semata-mata supaya cahaya yang dibawanya sampai kepada generasi kita. Berbanggalah kerana dilahirkan dalam kalangan umat Muhammad yang agung ini. Muhammad yang terpuji!

Aku; umat Muhammad!

Allahumma solli ‘ala Muhammad

Wanita

‘Wahai pemimpin, dengarlah saranan saya’

KITA digemparkan dengan berita tahanan kapal Zaytouna-Oliva yang membawa 13 wanita ahli misi Women`s Boat To Gaza oleh rejim Israel sekitar jam 9.58 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.

Kapal tersebut dijangka akan ditunda oleh tentera Israel menuju Pelabuhan Ashdod menurut sumber berita daripada Page Rose To Rose.

"Misi ini adalah sekecil usaha ke arah pembebasan Palestin dan kita mahu wanita dan kanak-kanak di Palestin merasakan dunia ini cakna pada nasib mereka".

Inilah kata-kata dari satu-satunya wanita Malaysia yang menyertai misi ini, Dr Fauziah Mohd Hasan ketika saya mengadakan pertemuan dengannya pada tarikh 6 September 2016 di Hospital Ampang Puteri.

Gaza merupakan penjara terbesar menempatkan hampir 2 juta manusia yang terkepung, disekat dari keluar masuk dan mereka hidup dengan penuh kesengsaraan di mana rumah, sekolah, hospital dan sebagainya dibom oleh Israel.

Perjuangan membebaskan bumi Palestin ini adalah tanggungjawab kita semua kerana tiga perkara.

Pertama, kerana atas dasar kemanusiaan, kedua kerana mereka adalah saudara seislam kita dan ketiga kerana bumi Palestin yang terletaknya Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam.

Misi Womens Boat To Gaza yang disertai oleh 13 orang wanita ini cukup berjaya membuka mata masyarakat dunia bahawa perjuangan membebaskan Palestin masih belum selesai.

Kita sedia maklum, misi ini mengetengahkan objektif cukup besar iaitu menghentikan kepungan di Gaza yang berlarutan selama hampir 10 tahun.

Seterusnya, tujuan penganjuran misi keamanan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa hak-hak rakyat Palestin harus dikembalikan di samping menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak dan perjuangan membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis merupakan usaha bersama seluruh dunia.

Kapal Zaytouna-Oliva

Kapal Zaytouna-Oliva membelah lautan selama hampir 20 hari, membawa misi kemanusiaan, keamanan, cinta dan kedamaian, lalu berakhir dengan tahanan oleh Zionis pengecut!

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pimpinan daripada semua parti politik dan NGO di Malaysia supaya:

1- Mengutuk dan mengecam tindakan Israel terhadap 13 orang ahli misi Womens Boat To Gaza sebagai tindakan penakut.

2- Mendesak supaya tawanan dibebaskan segera dan diberikan pelepasan untuk menjayakan misi pelayaran.

3- Mengecam Israel kerana mengancam keamanan.

4- Pembayaran pampasan kos ganti rugi kerana mengancam semua rakyat yang terlibat.

#IsraelPengecut

#shameonyouIsrael

Nik Fatma Amirah Nik Muhamad

Belia Malaysia

6 Oktober 2016

Mahasiswa

5 Tips Membudayakan Politik Nilai Dalam Pilihanraya Kampus

Gagasan Kampus Harmoni

Pilihanraya Kampus (PRK) adalah satu medan untuk mahasiswa membentuk ideologi mereka yang matang, menggerakkan ideologi itu dengan penuh hikmah dan menoktahkan perjuangan ideologi tersebut dengan satu pengislahan yang menyeluruh kepada masyarakat kampus khususnya, masyarakat umum amnya.

Pada tahun ini kita dapat lihat satu perubahan landskap politik kampus yang mana rata-rata mahasiswa mengharapkan hadirnya satu gelombang baru dalam kerangka membawa kampus menuju suasana yang harmoni, tidak terdidik dengan suasana agresif, meraikan kepelbagaian kelompok, bersikap progresif dan lebih matang dalam apa jua tindakan dan sebagainya.

Satu gagasan telah diperkenalkan oleh IKRAM Siswa, iaitu Gagasan Kampus Harmoni yang mana gagasan ini menekankan 8 aspek yang sangat penting iaitu:

  1. Gaya hidup warga kampus yang sihat, mesra dan berakhlak.
  2. Warga kampus bebas bersuara dan diiktiraf
  3. Pentadbiran kampus yang cekap dan berintegriti
  4. Pengamalan budaya politik nilai dalam pilihan raya kampus
  5. Penyuburan budaya ilmu dan intelektualisme
  6. Penghasilan mahasiswa berkualiti, berkepimpinan dan berdaya saing
  7. Kampus selamat, berkebajikan dan mesra mahasiswa
  8. Peranan siswa dalam isu masyarakat, negara dan antarabangsa diiktiraf

Gagasan ini bakal membuka mata semua masyarakat kampus untuk sama-sama berganding bahu dalam menjayakan satu projek mengharmonisasikan kampus dengan gaya hidup mahasiswanya yang mesra dan berakhlak, menyuburkan budaya ilmu dan intelektualisma, pentadbiran kampus yang cekap, kampus yang selamat dan berkebajikan, mengamalkan budaya politik nilai dalam pilihanraya kampus dan sebagainya.

Gagasan ini bukan sahaja milik IKRAM Siswa, bahkan ia perlu dikongsi dalam erti kata bergabung tenaga bersama persatuan mahasiswa di universiti supaya menjelang beberapa tahun kehadapan, kampus harmoni dapat direalisasikan.

Politik Nilai, adakah sekadar angan-angan?

Menyebut tentang pengamalan budaya politik nilai dalam pilihanraya, suka untuk saya sebutkan bahawa mahasiswa lebih cenderung untuk melihat suasana politik yang berasaskan nilai, jauh dari unsur-unsur yang tidak sihat, pembunuhan karakter, fitnah-memfitnah dan sebagainya.

Jika perkara ini berterusan iaakan memberi kesan yang lebih besar iaitu menatijahkan kemualan kepada sesetengah kelompok mahasiswa untuk bersama dalam proses demokrasi pilihanraya kampus dan menyebabkan peratusan yang turun mengundi menurun dan perkara ini seterusnya menyebabkan budaya tidak berpartisipasi dalam pilihanraya kampus lebih berterusan dan berleluasa.

Politik nilai adalah satu budaya politik baru yang wajar diketengahkan dan difokuskan dalam Pilihanraya Kampus.Ia mengajar kita untuk berpolitik secara berhujah, berdasarkan merit, bukannya politik yang jatuh menjatuh mahupun pembunuhan karakter.

Mahasiswa universiti juga tidak berminat dengan cara perebutan kuasa antara mana-mana kelompok mahasiswa yang bertanding, bahkan apa yang mereka harapkan ialah sejauh manakah calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya itu mampu menjadi suara mereka dalam apa jua perjuangan dan masalah yang dihadapi.

Politik nilai juga membawa mahasiswa supaya lebih fokus untuk menabur khidmat yang terbaik kepada masyarakat kampus, termasuklah isu-isu kewangan yang berlaku dalam kalangan siswa seperti contoh kesempitan kewangan, gagal membayar yuran pengajian dan sebagainya. Seterusnya, isu golongan mahasiswa OKU di universiti dan kebajikan-kebajikan lain seperti menganjurkan program Free Ride, Food For Siswa atau Suspended Meal dan lain lagi.

Sesiapa sahaja yang terbaik dalam menawarkan khidmatnya, maka dialah yang layak untuk diundi, tidak kiralah datang dari kelompok mana sekalipun.Selain itu, mahasiswa perlu matang dalam memilih pemimpin mereka, meletakkan asas dan prinsip yang betul, bukannya memilih disebabkan mengikut rakan sekelas, memilih berdasarkan wajah dan sebagainya.

Mahasiswa yang juga bergelar insan minda kelas pertama haruslah bijaksana dalam meletakkan kriteria calon yang dipilih. Pilihlah calon yang mampu untuk membawa pengislahan kepada kampus, bertindak bijak dalam apa jua keadaan, tidak agresif sebaliknya professional, mampu untuk kekal atas prinsip membawa keadilan dan rahmah untuk semua, beramanah dengan tanggungjawab yang bakal dipikul dan yang paling penting adalah ‘qawiyyul amin’ seperti yang disebutkan di dalam Al-quran.

Bagaimana membudayakan Politik Nilai dalam kempen PRK?

Kelompok mahasiswa tidak kira daripada persatuan mahasiswa mana sekalipun perlu berusaha membumikan politik nilai terutamanya dalam kempen pilihanraya masing-masing.Calon yang bertanding dan jentera yang menggerakkan pilihanraya seharusnya mengamalkan politik yang murni, bersaing dengan sihat, meraikan perbezaan dan mengamalkan politik nilai dan matang. Terdapat 5 tips membudayakan politik nilai semasa kempen PRK. Antaranya:

Pertama, menghasilkan buku manifesto secara terperinci oleh calon.Elemen penting yang perlu ada dalam buku tersebut ialah pertama, apa yang ingin diperjuangkan, kedua mengapa memperjuangkan perkara tersebut dan ketiga bila untuk realisasikannya. 3 elemen ini penting dan menjadi bukti bahawa calon tersebut bersedia untuk di ‘check and balance’ oleh persatuanlain dan juga mengamalkan budaya transparen dalam kempen masing-masing.

Buku manifesto tersebut boleh diedarkan kepada mahasiswa di universiti agar mereka tahu apa yang ingin dibawa dan diperjuangkan oleh calon dan mereka mampu memilih dengan baik berdasarkan merit dan khidmat yang ingin ditawarkan oleh calon tersebut selepas memenangi pilihanraya nanti.

Kedua, menganjurkan atau menyertai debat manifesto atau rapat umum. Sebagai persatuan mahasiswa tidak kira dari IKRAM Siswa, Wufi, PKPIM, PEMBINA dan sebagainya haruslah menyediakan platform untuk debat manifesto antara calon yang bakal bertanding dan menyeru ahli persatuan masing-masing untuk turut bersama dalam penganjuran berkenaan.

Penganjuran debat atau rapat umum ini penting bagi memastikan calon tersebut bolehmembentangkan dan menghujahkanapa yang ingin diperjuangkan untuk kebajikan mahasiswa keseluruhannya. Mahasiswa juga haruslah menyertai debat atau rapat umum ini untuk menilai, menimbangtara dan mempersoalapa yang diperjuangkan oleh calon seterusnya mereka dapat memilih yang paling berkredibiliti dan layak untuk diundi.

Ketiga, calon hendaklah mendisiplinkan jentera masing-masing semasa kempen berlangsung.Calon haruslah menentang penyokong mereka yang melakukan perbuatan yang boleh mengancam persatuan lain seperti contoh memburukkan pihak lain dan sebagainya. Ini akan menguji calon tersebut samaada mampu atau tidak menguruskan jentera terlebih dahulu, sebelum memimpin warga kampus yang lebih besar dan kompleks.

Calon seharusnya memberikan amanat kepada jentera supaya dapat berkempen dengan matang dan harmoni.Jentera seharusnya membawa inspirasi yang sama yang ingin diperjuangkan oleh calon sebagai contoh jentera mampu untuk menerangkan manifesto calon jika calon tiada di ‘booth’ atau tempat berkempen.

Keempat, tidak melontarkan fitnah dan melakukan pembunuhan karakter dan mengurangkan konfrontasi antara satu sama lain. Calon dan juga penyokong seharusnya menjauhi perbuatan keji ini dan tidak sewenang-wenangnya menimbulkan sesuatu yang boleh menyemarakkan api permusuhan dan perbalahan.

Cybertrooper masing-masing juga perlu menjauhi perbuatan yang kurang beradab terhadap pihak yang lain. Mahasiswa seharusnya matang dalam menangani kepelbagaian dan berusaha semampu mungkin untuk menunjukkan akhlak yang baik sepanjang kempen berlangsung.

Kelima, menganjurkan sesi meja bulat atau diskusi bersama persatuan mahasiswa merentasi kaum dan agama di universiti masing-masing sebagai platform dan keterbukaan untuk membincangkan halatuju masing-masing terutamanya berkaitan pilihanraya kampus termasuklah bersama golongan mahasiswa OKU dan sebagainya.

Semua persatuan mahasiswa mempunyai ideologi tersendiri dan seharusnya berganding bahu dalam perkara yang disepakati bersama demi pembawakan politik nilai dalam kampus masing-masing.

Meja Bulat Politik Kampus 2016

Tanggal16 September 2016, satu Persidangan Meja Bulat Politik Kampus 2016 yang bertemakan “Politik Kampus dan Halatuju Perjuangan Mahasiswa” telah dianjurkan oleh Sekolah Pendidikan Politik dan Ekonomi Rakyat Malaysia (SPEKTRUM) yang merupakan sebuah inisiatif mahasiswa untuk memperkasa wacana pendidikan politik yang sihat dan matang dalam kalangan anak muda. Meja bulat ini dihadiri oleh IKRAM Siswa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Wakil mahasiswa Orang Kurang Upaya (OKU), Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) yang bertempat di Gerak Budaya Petaling Jaya.

Meja bulat ini menggariskan objektif seperti mengumpulkan persatuan mahasiswa untuk membincangkan halatuju perjuangan mahasiswa dalam kerangka politik kampus terutamanya di dalam Pilihanraya Kampus yang berlangsung di seluruh IPTA dan IPTS. Hasil meja bulat tersebut adalah semua perwakilan bersetuju:

  • Menyeru perlaksanaan “Sidang Meja Bulat Politik Kampus 2.0” yang lebih inklusif untuk membincangkan gagasan politik baru mahasiswa di bawah penganjuran SPEKTRUM dan dihadiri sidang meja bulat 1.0.
  • Mewujudkan dan menetapkan jawatankuasa kerja untuk merangka gerak kerja kearah pengamalan politik baru mahasiswa hasil dari persetujuan sidang meja bulat 2.0, dibawah tanggungjwab KESATUAN.
  • Menyeru setiap badan kepimpinan pelajar untuk menerapkan kepimpinan inklusif dengan melibatkan golongan mahasiswa OKU dalam pentadbiran pelajar pada masa akan datang.

Ini menggambarkan meja bulat politik kampus ini merupakan satu inisiatif politik nilai mahasiswa yang bakal mencorakkan rentak politik kampus yang terbaik untuk masa akan datang.

Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan selamat menempuh Pilihanraya Kampus 2016 kepada semua mahasiswa Malaysia.Semoga calon yang memenangi pilihanraya kali ini mampu untuk membawa pengislahan kepada kampus dan bertindak amanah dengan tanggungjawab yang bakal dipikul tidak lama lagi.Bersama kita menyokong budaya politik nilai, matang dan berkebajikan demi melahirkan sebuah kampus yang harmoni.

Selamat memilih! Menuju kampus harmoni!

Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad (Jawatankuasa Politik Kampus IKRAM Siswa)

Terjemahan

Adakah anda sedar bahawa anda mampu melakukannya?

أرأيت أنّك تستطيع !؟

Adakah anda sedar bahawa anda mampu melakukannya?

بعد مرور أيام من رمضان اكتشفتَ أنّك كنتَ تستطيع الصّوم كل إثنين وخميس خلال السّنة ، وأنّ الصّوم ليس بهذه الصّعوبة التي كنت تتصوّرها .

Setelah berlalunya hari-hari Ramadhan anda mendapati anda sebenarnya mampu berpuasa setiap Isnin & Khamis sepanjang tahun dan Puasa tidaklah sesukar yang anda bayangkan sebelum ini.

ظهر لك جليًّا أنّك كنت تستطيع صلاة ١١ ركعة على أقل تقدير كل ليلة بقيام ليل لا يستغرق منك أكثر من ساعة ، ولو كان قبل أن تنام .

Telah jelas kepada diri anda bahawa anda mampu solat malam sekurang kurangnya 11 Rakaat setiap malam yang mana ia tidak mengambil masa lebih dari sejam sebelum anda tidur.

اتضح لك أنّ الختمة الشهريّة للقرآن ليست من المعجزات كما كان الشيطان يوهمك بذلك .

Telah terbukti khatam Quran setiap bulan bukanlah termasuk "mukjizat" (perkara yang seolah-olah mustahil untuk dicapai)seperti yang selalu dibisikkan syaitan.

وتعجّبت من نفسك حين وجدتها # تستيقظ للسّحور في رمضان قبل الفجر وتعجز عن القيام على الفجر في غير رمضان

Apakah anda tidak merasa pelik kepada diri anda sendiri yang mampu bangun sahur sebelum Subuh semasa Ramadhan, sedangkan anda tidak mampu bangun Solat Subuh di luar Ramadhan.

كم من أهداف ومشاريع أهملتها في الحياة لأنك أقنعت نفسك بأنك لا تستطيع .!؟

Berapa banyak tujuan hidup dan syariat yang anda lalaikan dalam kehidupan disebabkan anda memberi alasan bahawa anda tidak mampu.

رمضان دوره تدريبية لتمتلك درسا رئيسيا هو *أنك تستطيع*

Ramadhan peranannya sebagai latihan supaya anda dapat mengambil pelajaran besar darinya iaitu : Sesungguhnya Anda Mampu

Tim Terjemahan Pena Syariah

Isu Semasa

Bagaimana Keadaan Umat Islam Selepas 93 Tahun Kejatuhan Khilafah

Duka ini seakan baru semalam kita rasai, hari ini (3 Mac) cukup 93 tahun kita kehilangan identiti khalifah islamiyah, kehilangannya membawa seribu satu kisah duka umat Islam sehingga kini, akan aku ceritakan satu persatu-satu, atau mungkin hanya 3 kisah dari beribu kisah kerana yang pasti mustahil untuk diceritakan semua.

Setelah kehilangan khalifah…

1. Umat Islam ditindas tanpa henti

Zionist Settlement

Kisah ini dimulai di Jazirah Arab, tepatnya di Palestin, Zionimisme mendakwa bahawa Palestin milik mereka, satu persatu darah syuhada’ menyimbah bumi, kanak-kanak dan wanita dibunuh tanpa belas kasihan , rumah dan harta benda milik kaum muslimin dihancur bagai tiada nilai, hingga kini setelah lebih  60 tahun dijajah, putaran peristiwa itu tidak pernah berhenti.

Namun kisah penindasan ini tidak terhenti di sempadan tertentu, hampir di seluruh pelosok dunia ada kisah muslim ditindas, di Bosnia, di Xinjiang , Rakhine dan sebagainya.

Original source: http://english.al-akhbar.com/sites/default/files/imagecache/5cols/leading_images/272065.jpg

2. Barat menjadi kiblat

Hakikat yang tidak dapat lagi disangkal, seakan kita orang buta yang membiarkan diri di bawa ke mana sahaja, mengagungkan mereka yang seolah-olah menjadi ‘penyelamat dunia’, ’para pencinta keamanan’.

Tidak dinafikan bahawa ada sebahagian dari nilai-nilai mereka yang layak dicontohi, namun malangnya, kita tidak mencontohi nilai baik itu, malah lebih menyukai budaya hedonisme, liberalisme dan pelbagai isme yang rosak lagi merosakkan.

Atau mungkin kita lupa pada firman Allah yang bermaksud:

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu, sebelum engkau mengikuti agama mereka.” (2:120)

Junjungan besar Nabi Muhamad juga pernah bersabda : Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: “Rasululah bersabda:

‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, niscaya kalian pun akan masuk ke dalamnya.’ Mereka (para sahabat) bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ Sabda beliau: “Siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Apakah penyembahan kepada Allah itu hanya ketika solat? Mengapa millah yang telah dipilih oleh Allah tidak kita angkat setinggi-tingginya? malah memilih barat menjadi kiblat!

3. Menjauhi ilmu melupai sejarah

Betapa Islam pada zaman keemasannya ketika kurun 750-1500, sangat dipenuhi dengan para ilmuwan di setiap pelosok negeri, dikatakan bahawa pada masa itu, Kota Wadah (sebuah kota kecil di Baghdad) sahaja memiliki lebih dari 100  kedai buku.

Iman Shoppe di Serdang

Muslimin pada waktu itu benar-benar mencintai ilmu, wahyu pertama ‘iqra’ menjadi kecintaan dan sebahagian daripada diri mereka. Namun, makin lama kecintaan itu mula dilupakan , apabila hiburan menjadi pilihan.

Apabila menjauhi ilmu, justeru sejarah juga mula dilupai, ramai golongan yang apabila diajak berbicara dan menghayati sejarah, mereka berpandangan sejarah ini adalah satu perkara yang membosankan.

Sebagai Muslim khususnya, kita perlu menghayati sejarah, mengkaji dan membaca sejarah, seerah nabi, kisah perjuangan dan corak kehidupan baginda serta para sahabat serta setiap satu peristiwa yang pernah berlaku ,

those who forget the past are condemn to repeat it’, kata George Santayana.

Hari ini kita semakin melupai sejarah, melupai bahawa kita pernah menjadi rujukan alam satu masa dahulu wahai muslimin!

Apakah engkau lupa?

Secebis nasihat

Kehidupan ini ibarat roda, akan dipergilirkan setelah kemenangan itu kejatuhan, dan daripada kejatuhan akan tiba waktu kemenangan.

Duka semalam bukan untuk kita tangisi, atau sesali bahkan menjadi satu momentum untuk kita kembali bangkit menjadi Muslim yang lebih baik, percaya bahawa al-Haq itu akan sentiasa menang, lambat atau cepat itu hanya sukatan masa,usaha kita yang akan menjadi pertanyaan di akhirat sana.

Khilafah akan tertegak kembali suatu saat nanti!

‘Tanamkan Islam di dalam diri kamu, nescaya Islam akan tertegak di sekitarmu.’- Umar al Khattab r.a